Friday, May 17, 2013

Selamat Hari Guru Dan Resepi Kek Batik Yang Sedap

Selamat hari guru untuk guru-guru diluar sana terutama Cikgu Azizah SMPT dan Cikgu Lokman Ming Institute cikgu yang paling Haku sayang.
Rasanya tak terlambek lagi nak ucapkan selamat hari gurukan...
Oleh kerana hari guru Haku gigih masak Kek Batik untuk Siabang dan Siadik bagi cikgu-cikgu dorang.
Kek ni Haku buat dengan penuh kasih sayang gitu... kerana mengajar ana-anak Haku.


Empat adunan dapat la lapan pack Kek Batik... jenuh mengaul dalam periuk ater adunan besarkan.
Disebabkan kek ni dibuat dengan penuh kasih sayang... Haku rasa ni la Kek Batik paling sedap Haku penah buat. Resepi yang selalu Haku buat dulu ntah mana ghoibnya... jadinya pepandai la reka sendri. Adunan ni banyak kalau nak makan sendri sila separuhkan setiap bahan-bahan.
Moh tengok resepi.


Bahan-bahannya.

2 Bungkus biskut merie
2 bungkus biskut merie perasa kopi
200gm butter
500gm cooking coklat
300gm koko powder
10 biji telur
3 tin susu pekat
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar esen vanila


Caranya
Panaskan cooking coklat guna method double boiler dalam bekas yang besar dan boleh terus diletakkan atas api setelah cair ketepikan
masukkan susu pekat, koko, esen vanila dan gula... letak atas api kecil dan gaul rata.
Masukkan telur yang dah dipukul sikit ke dalam adunan... masukkan sikit-sikit sambil kacau.
Masak sampai adunan nampak bubble dan masukkan butter..kacau rata.
Tutup api dan masukkan biskut gaul rata.
Terus transfer dalam bekas yang disediakan.

Dah sejuk boleh potong dan hidangkan...rasanya sangat bercoklat... kalau rajin boleh masukkan kacang yang sudah dipanggang dulu.


Sekian


By Midnight Blogger

Thursday, May 16, 2013

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan Dan Beretika

No wonder Jepun sangat berdedikasi dan menghormati orang tua... Semua yang tertulis kat bawah ni Haku kagum kecuali part bunuh diri secara berhormat tu Haku tak setuju la. Tapi dah budaya dia nak buat lagu mana.

Bukan nak kondem tapi amalan yang baik ni kalau tak dipupuk memang akan pupus...sebagai contoh susah sekarang ni Haku nak tengok orang muda bila jalan depan orang tua dia tunduk...susah nak jumpakan!.
Didikan awal ni kalau tak dibuat bermakna sampe ke tua la bebudak ni tak reti.

pic from google

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah ...rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira

Sekian


By Midnight Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...