Thursday, May 24, 2012

Apakah Penyebab Jaclyn Victor Lupa Lirik Pada Final Mania

Aha!.. Apa penyebab sheols lupa lirik that nite? Pada Haku bukan Jac ni bukan selalu lupa lirik ke? Sori pada karatzs @ kipas susah mati @ hardcore fan Jac. Even masa anugerah sukan kat Astro... she's perform lagu gemilang pon sheols lupa lirik dok menghumming jer. Tapi! Katanya dia lupa lirik masa final mania sebab sihir katanyer laa... Tgk apa sheols tulis kat wall FB nyer.

Kalau betol.. Kesian la buat sheols sebab dunia sekarang makin teruk orang berbomohan macam dah jadi makanan.

Kat opis Haku ni pon bukan sorang ler ni dah dua orang Haku jumpa yang dok gila berbomohan. Dok buat sorang staff ni panas bontot kat opis. Dengarnya budak yang panas bontot tu dah nak benti. Staff yang bomohkan budak ni dengan bangga lagi mengaku dengan Haku... Dia yang buat staff tu panas bontot.
Memang ikutkan ati staff yang akan benti tu memang selayaknya la ko kena sebab perangai pon kuwang ajo. Tapi pada Haku dari ko tambah dosa berbomohan ni baik la ko diamkan jer. Mende tak semenggah ni tak lama, Lantak la apa staff poyo tu nak buat pon Allah Maha Adil... Soon or later dia sendri akan kebah dari kepoyoaan dia tu.
Ler ni Haku dengar sorang lagi dah nak ke satu tempat yang Haku tau kat situ la dia selalu mengasah ilmu dia. Uolls bayangkan aik dia tgh sempit duit tapi gigih nak ke sana jugak. Kalu takat sebab nak tunjuk apa yang dia ada tu kat sedara mara dia takkanlah dengan duit tgh ciput gigih gak nak gi kan. Kegigihan dia nak ke sana tu memang nampak sangat la sesuatunya.
Kerat jari Haku dia balik dari sana nanti dia tak masak-masak bawak mai opis. Nak ikutkan dah lama dia tak buat masak-masak ni... Sebab dia dah yakin keadaan dia dah stabil. Sekali ko! opis buat reshuffle bos, Tu yang gigih nak ke sana gak walaupon budget ciput. Dia ke mana takyah la Haku cakapkan. Kang tak memasal ada plak yang menyusul ke sana nanti.
Selalu apa yang dia masak memang Haku tak makan. Bila nampak dia beriya bagi tu... Haku amik jugak tapi Haku tak makan. Haku buang bila dia tak nampak. Satu petua arwah Abah Haku ajar kalau kalu kita nak tau makanan tu disihirkan ke tidak ialah, Kita pegang makanan tu pastu rasa lelangit kita ngan lidah... Cer uolls buat! Rasa apa geli tak?
Memang tu la sepatutnya yang uolls rasa. Kalu lu tak rasa apa-apa bermakna something wrong ngan makanan tu sila la membuang. Satu lagi kalu minumam sebelum minum kita rasa bontot cawan tu ngan jari kelingking kalau air tu panas kita rasa sejuk sila jangan minum... Begitulah sebaliknya kalu air tu sejuk kita rasa panas.

Like one of my neighbour dulu suka mengamalkan mende-mende macam ni penyudahnya makan diri sendiri. Dah jadi tak betul. Mau tak... mana ngan saka dari mak dia, Mana ngan dia nuntut sendiri buat penunduk suami. Ler ni seton-seton yang dok bertapa dalam badan dia dah jadi huru hara.
Tak memasal menyusahkan anak-anak nak mengubat. Belum lagi bila time dia mengamuk dok menghempas barang.
Tak ke menyusahkan diri... Dah la idop jadi susah Allah murka lagi.. Tak takut ke dorang ni.
Manusia gini suka jalan senang, Nak naik guna cara macam tu tapi tak pikir akibatnya.

Kesimpulannya jangan la amalkan perbuatan berbomohan bole jatuh syirik tak takut ke? Kalu nak naik sekalipon usaha sungguh la ngan cara yang bersih. Kalau dah usaha tapi tak dapat bermakna belum rezeki lagi. Kalau nak ikat laki pulak pastu bomohkan supaya laki tu tak carik pompuan lain tak ke membodohkan diri sendiri namanya. Kalu laki dah carik lain itu bermakna ada yang tak kena la ko pada di mata suami. Jadi improve la diri tu. Tapi bukan la improve dengan jumpa bomoh. Kalu selama ni ko serabai improve la bagi jelita, Kalu selama ni ko gemuk improve la bagi selim melim. Dah itu makanan mata laki kokan. Tapi kalu ko dah buat sume tu dia dok pandang pompuan lain...Itu bukan silap ko lagi dah itu silap jantan tu yang mata keranjang.

Takyah la berbomohan ni dosa dapat, muka tak berseri, hati jadi kotor pastu nak mati pon susah eeiii!!! hazab.

1 comment:

Cik mama said...

uitttt Cik Oggy dah bebel tu.. heheheh. betul sgt tu oggy, apa pun bnda yg kita dptkan dgn cara yg senang, senanglaa bnda tu akan hilng, biarlaa bersusah susah pastu berseng lenang kemudian.. ^_~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...